26 comments:
-
salam ustaz,
saya tak sempat untuk ganti puasa selama 3hari pada tahun 2008, oleh itu saya gandakan puasa ganti selma 6hari pada 2009. taun lepas saya tidak sempat ganti juga selama 3hari, sekali lagi saya gandakan untuk 6hari lalu Alhamdulillah sempat ganti tahun ini.
persoalan 1:
apakah perlu gandaan hari puasa tersebut? kalau perlu, wajib/tidak saya bayar fidyah?
persoalan 2:
jika perlu saya bayar fidyah, berapakah yg perlu saya bayar?
wassalam. -
Salam,
Wajib bayar fidyah..
Puasa tak perlu ganda, yang digandakan adalah fidyah sahaja, anda boleh lihat dari jadual gandaan fidyah di atas cara pengiraannya.
3 hari puasa yang di tinggalkan pada 2008-2010 gandaannya ialah sebanyak 6 bagi 3 tahun.
3 hari x 6 gandaan 3 tahun x RM 7.50 /4 = RM 33.75 -
salam ustaz,
pertanyaan ini bagi pihak ummi saya,
beliau tidak ingat berapa hari tinggal puasa kerana uzur semasa kecil. jadi ustaz, bagaimana mahu ganti puasa tersebut jika tidak ingat, dan tertangguh selama bertahun2. dan berapakah kadar fidyah yang perlu dibayar? terima kasih. -
Salam,
Angarkan sahaja berapa puasa yang ditinggalkan, Kalau boleh anggaran itu lebihkan dari agak-agak ummi anda. Mohon ampun kepada Allah atas kecuaian yang dahulu. Fidyah ini ikut fidyah gandaan. Anda boleh lihat dari cara pengiraan yang saya berikan di atas dan lihat dalam gambar rajah di atas. -
salam
ustaz sy nak tny klu sy tggl pose pada tahun 2008 7hari tahun 2009 7hari tp sy hanya sempat ganti 10ari lg 4hari sy xsempat ganti. untuk bayar fidyah mcm mane nak kire? lg satu saya xtahu nak bayar fidyah tu dekat sape.. -
Salam,
Cara kiranya ialah
4 cupak x 1 x RM 7.50 /4 =______________
Anda dikira dari tahun 2009 iaitu tiada gandaan lagi sebab baru setahun anda tak ganti puasa. -
salam ustaz,
saya tak ingat jumlah puasa yang saya tak ganti sejak tahun 1982-2008, kira-kira selama 26 tahun. sekiranya saya tetapkan setiap tahun 7 hari saya tak berpuasa, berapa jumlah fidyah yang perlu saya bayar. -
Salam,
Caranya begini, bayaran fidyah anda adalah secara berganda seperti kiraan di bawah ini
7 hari puasa di tinggalkan x 378 gandaan bagi 27 tahun x RM 7.50 /4 = ____________
Cuba anda totalkan, kalau nak lebih elok lagi buat pembayaran di pejabat zakat yang berdekatan, mereka boleh kirakan sekali jumlah tersebut. -
Ustaz,
Terima kasih kerana post article ini. Selama ini saya confused sebab tak pasti samada puasa perlu digandakan atau tidak kerana meninggalkan puasa kerana haid. -
Ustaz,
Saya minta maaf, tetapi saya masih kurang faham. Berdasarkan contoh yang ustaz bagi (Fidyah Dengan Gandaan):
sekiranya saya itu meninggalkan puasa sebanyak 15 hari pada 2004 kerana haid, berapa hari puasa yang perlu saya qada pada 2010, 15 hari atau 225 hari?
Terima kasih ustaz kerana menolong saya. -
Salam,
Jawapan kepada Anonymous pertama :
Haid wajib ganti puasa, solat tidak perlu ganti.
Jawapan kepada Anonymous Kedua :
Puasa yang perlu di qada adalah sebanyak 15 hari. Puasa tidak berganda, tetapi fidyah yang berganda.. Sebab itulah perlu disegerakan.. -
salam ustaz,
kalu tahun 2008 sy tk sempat ganti 2hari dan 2009 juga tk ganti 2hari..Adakah kiraan bayaran fidyah saya betul 4hari x 4 gandaan 2 thn (2008-2010) x 7.50 x 1/4 = rm 60
bagi tahun 2009 sy tk gandakan kerana baru setahun..itu yg saya faham atas jawapan pada soalan yang lain.. -
Salam
Tahun 2008
2 cupak x 3 gandaan tahun x RM 7.50 /4 = __________
Tahun 2009
2 cupak x 1 gandaan tahun x RM 7.50 /4 = __________
Asingkan antara tahun dengan tahun.. -
assalammualaikum ustaz...
ble tak tolong kirakan kadar fidyah saya?
tahun 2006 saya tertinggal puasa selama 8hari.tahun 2007 pulak saya dalam nifas selama 30hari..saya cuma dapat menggantikan puasa saya pada tahun 2010 iaitu selapas ramadhan 2009.apakah kadar fidyah saya?terima kasih -
Salam,
Tahun 2006 tinggal 8 hari
8 hari x 10 tahun gandaan (2007-2010) x RM 7.50 /4 =______________
Tahun 2007 tinggal 30 hari
30 hari/cupak beras x 6 tahun gandaan (2008-2010) x RM 7.50 /4 =_______________
Fidyah pertama + Fidyah kedua = _______________ -
Salam Ustaz,
Soalan saya kenapa perlu di darabkab dengan 1/4 untuk pengiraan fidyah ini? -
Salam,
Ini kiraan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. 1 mud beras itu ada 4 bahagian, yang dikenakan fidyah hanya 1 bahagian sahaja..
Ada setengah tempat terus 1 mud, dan tidak digandakan mengikut kaedah yang dikirakan dalam artikel di atas. -
Salam,
Ustaz bagaimana jika fidyah yang saya bayar pada 2007 tidak saya gandakan. Saya cuma bayar mengikut hari yang ditinggalkan sahaja iaitu 15 hari pada tahun 2009. -
Ustaz,
Saya berumur 26 tahun. Saya hanya tahu tentang kewajipan untuk membayar fidyah puasa pada tahun ini. Sebelum ini saya tidak pernah tahu tentang fidyah puasa, saya ingat saya hanya perlu mengqadakan puasa sahaja.
Masalahnya beberapa tahun dahulu saya ada meninggalkan puasa ramadhan dan tidak menqada puasa tersebut sehingga masuk ramadhan tahun selepasnya. Saya telah mengqada semua puasa tersebut selepas 1 tahun (selepas berlalu 1 ramadhan seterusnya). Pada masa itu saya tidak membayar fidyah kerana saya tidak pernah tahu tentang 'fidyah puasa'.Mengikut penerangan ustaz seperti diatas, saya perlu membayar fidyah. Jadi dalam kes saya ini, apa yang perlu saya lakukan kerana saya sudah lupa tahun bila perkara itu berlaku. -
Salam,
Awak perlu agak pada tahun bila dan anda buat pengiraan fidyah anda berapa dan paling mudah anda buat pembayaran dikaunter zakat yang berdekatan kerana mereka menyediakan perkhidmatan membayar fidyah. Kalau boleh biar bayaran itu lebih, kalau lebih boleh jadi sedekah dan perbuatan tersebut tidak merugikan. -
assalamualaikum ustaz,
saya sangat2 tak tahu pasal nak bayar fidyah ni. saya pun masih lagi remaja dan adalah jugak bljr pasal fidyah ni kat skolah.tapi pemahaman saya tentang bab ni masih lg kurang. saya nk tanya, pada tahun 2006, saya ada tinggal puasa, saya pun dah x igt bape hari, tp yang pasti saya ad ganti cuma x cukup hari. contohnya kalau 6 hari saya x puasa, mgkn dlm 2,3 hari saya x ganti lg.sehinggalah pd ramadahan berikutnya, iaitu pd tahun 2007, pun saya ad tinggal puasa lagi, sama mcm kes td, saya ganti tp x cukup hari dan saya x igt berapa hari. tp alhamdulillah pada tahun 2008 & 2009 saya ganti semua puasa saya yang tertinggal pd tahun 08' n 09'. cuma saya x ganti lg untuk tahun 06' n 07'. saya nak ganti tapi ustazah saya cakap wajib ganti puasa dan bayar fidyah sekali dan perlu bayar di pusat zakat. masalahnya, saya dah lah x igt bpe hari x puasa, nk kira byrn fidyah lagilah x tau. tp tadi kan ustaz, saya ada juga tgk cara kira2 tu, knape perlu disekalikan dgn zakat fitrah?? perlu ke saya membayar zakat fitrah? saya baru berusia 17 tahun, dan masih di bawah tanggungan ibu ayah saya. perlu ke? dan soal nk kira byrn fidyah tu mcm mna kalau saya sendiri x igt bape hari saya x puasa? -
Salam,
Puasa perlu diganti balik, kalau tak ingat ambik balik berapa yang anda tinggal puasa.
Cara perkiraannya :
2006
5 cupak beras (saya lebihkan sebab anda tak pasti) x 15 gandaan tahun x RM 7.50 /4 = ___________
2007
agak puasa yang ditinggalkan x 10 gandaan tahun x RM 7.50 /4 = _____________
2006 + 2007 =___________
Maaf saya berikan komen berdasarkan apa yang saya faham dalam persoalan anda, nak mudah lagi buat pembayaran di kauter zakat negeri kerana mereka mempunyai perkhidmatan bayaran fidyah.
Secupak beras itu mengikut nilai zakat fitrah bukan bayar zakat fitrah. Susah masalah anda ini, kalau begitu agak-agak sahaja berapa,kalau boleh biar lebih dan kalau ada kekurangan mohonlah taubat kepada Allah. -
ouh., tapi sekejap, saya kurang faham.
2006) 5 kali cupak beras x 15 gandaan tahun?
2007) _______ kenapa x 10 gandaan tahun?
kurang faham, ustaz, maaf kalau menyusahkan, -
Salam,
Sebab anda tinggal puasa pada tahun yang berbeza-beza, jadi kena kira berasingan la. -
salam, Ustaz, saya tertinggal puasa sebanyak 6 hari pada 2009 dan sempat qadha 2 hari pd 2010.Pd Rmdhn tahun ini sya mengandung kembar d x mmpu berpuasa sepanjang Rmdhn 2010.Adakah saya perlu qadha d fidyah atau bolehkah sya bayar fidyah shj?
-
Salam,
Tahun 2009 anda perlu ganti balik sebanyak 4 hari yang berbaki dan bayar fidyah sebanyak 4 cupak beras.
2010 anda perlu ganti balik semua puasa yang anda tinggalkan, kerana anda tidak termasuk dalam kategori orang yang tidak mampu berpuasa sepanjang hidup dan tak boleh puasa sebab kemudharatan. 2010 anda tidak perlu fidyah yang perlu fidyah adalah 2009 sebanyak 4 hari.