Alhamdulillah, hari ini 18 Syaaban 1431H bersamaan 30 Ogos 2010,program Kumpulan Zaujjahsolehah berjalan lancar.Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana sudi hadir dan sama sama meraikan hari yang berbahagia ini.Senyuman manis ahli ahli dan muslimat jemputan ibarat semanis kurma membuatkan kami,pihak pengurusan berasa lega dan hilang penatnya.Terima kasih juga kepada hos pada hari ini, iaitu Puan Norazian dan Puan Mazita yang akan akan berangkat menunaikan umrah pada 9 Ogos nanti.Kumpulan Zaujjahsolehah mendoakan agar pasangan adik beradik ini dapat menjalani ibadah dengan baik dan TAHNIAH! kerana terpilih menjadi TETAMU ALLAH.Pinta kami,doakanlah kami,ahli ahli zaujjahsolehah agar dipilih pula menjadi tetamu Allah dan tetamu Rasullallah.Insyaallah!
Siruu ala barokatillah,
Jazakallah khairan kasiira...