Senaman nafas dengan mengonsentrasikan fikiran yang dikosongkan(namun mesti ingat Allah dan Rasul),akan memberi akibat "RELAX" yang sempurna.Relax yang sempurna itu akan meredakan ketegangan saraf dan memulihkan energy baru, semangat baru.Senaman nafas yang akan diterangkan nanti merupakan penemuan yang mutakhir.
Lakukan sebelah pagi, dengan cara cara berikut:
1. Mula mula tarik nafas biasa dalam keadaan tenang,dengan berdiri atau duduk,selama 5 minit.
Kemudian:
2.Bernafaslah 10 kali (Maksudnya bernafas keluar dan masuk dalam keadaan masa yang sama sepuluh kali)
TARIK NAFAS-perlahan lahan seolah olah anda sedang mengumpulkan kekuatan dalam diri anda
SIMPAN NAFAS-Setelah sepuas puasnya paru paru terisi dengan udara,simpanlah udara itu dalam jangkamasa yang sama.Masa menarik seolah olah anda sedang menyimpan kekuatan di dalam diri, dengan adanya keyakinan kekuatan itu ada pada diri anda.
KELUAR NAFAS-Masa mengeluarkan nafas tanamkan keyakinan bahawa anda kini telah berhasil mempunyai kekuatan.Masa mengelurakan nafas itu sama jangka masanya dengan masa menarik dan menyimpan nafas. Inilah yang perlu dijaga.
Misalnya-masa menarik nafas-1 minit
menyimpan nafas -1 minit
mengeluarkan nafas- dalam masa 1 minit.
Jangan lupa amalkan......
Jazakallah khairan kasira....