Friday, July 9, 2010

MENCARI DAMAI DI PAGI HARI...

Kita sesungguhnya digalakkan menunaikan solat Dhuha dan antara nikmat yang boleh kita rasai ialah perasaan lapang hati,lapang dada.Kelebihannya cukup besar dan ia mampu memberi ketenangan serta memudahkan kehidupan. Jika hati diruntun resah, marilah kita sama sama amalkannya. Insyaallah, kita akan beroleh ketenangan. Tanpa sedar tekanan yang dialami beransur pergi, menggantikan damai di hati.

Demi Dhuha, dan demi malam apabila sunyi," Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan, dan kelak tuhanmu pasti memberi kurniaNya kepadamu,lalu (hati) kamu menjadi puas, bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim,lalu Dia melindungimu.Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung,lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan,lalu dia memberi kecukupan. Surah Ad-Dhuha 93

Sila rujuk;Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha-karangan Muhammad Mokhtar -Terbitan PTS Millennia.