Mulai 11 Mar 2011, kumpulan Zaujjahsolehah telah melebarkan lagi aktiviti dakwah iaitu melancarkan Program Mari Mengaji setiap hari jumaat. Objektif program ini adalah untuk membantu para muslimat yang mungkin masih ada kekurangan dalam membaca al quran maupun muqaddam. Alhamdulillah, sedikit sebanyak mendapat sambutan biarpun mulanya hanya ada 5 orang , namun sekarang sudah meningkat ke 10 muslimat. Syukran jazilan kepada tenaga tenaga pengajar yang sukarela berkongsi ilmu untuk membantu para pelajar ini secara mentor mantee. Peningkatan pelajar dalam pembelajaran adalah direkodkan untuk membantu pelajar mengetahui prestasi masing masing dari masa ke semasa. Memandangkan program ini hanya dilakukan seminggu sekali, pelajar pelajar adalah digalakkan mencari inisiatif sendiri dalam meningkatkan ilmu mengaji ini. Harapan kami,program dapat memberi manafaat kepada pelajar khususnya dan tenaga pengajar amnya.
Selamat Belajar!