Wednesday, April 13, 2011

Library Zaujjahsolehah

Mendidik Anak Perempuan......oleh Abdul Mun'im Ibrahim-PTS Millennia Sdn.Bhd
Buku ini ditulis kerana:-
1.Menunjukkan betapa pentingnya perasaan malu yang harus dijaga oleh anak perempuan sama ada dalam ucapan, perbuatan mahupun sikap.
2.Mengelakkan ramai wanita terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang berpunca daripada kurangnya didikan agama yang sempurna.
3.Menambahkan pengetahuan ibubapa mengenai didikan anak gaya rasulullah yang menitik beratkan cara didikan bersepadu dan holistik kepada anak perempuan.
4.Menjelaskan ajaran Islam yang memuliakan dan menyelamatkan kaum wanita daripada kehinaan seperti yang wujud pada zaman jahilliah.
5.Anak perempuan adalah pihak yang banyak mengundang fitnah seperti yang pernah Nabi sebutkan.

Walaupun ramai ibubapa pada zaman ini mementingkan pendidikan anak,namun masih ramai yang fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata mata berbanding pendidikan rohani dan sahsiah diri.
Justeru, buku 'Mendidik Anak Perempuan' menyampaikan ilmu ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh.
Pastinya tidak rugi memilikki buku yang informatif ini....

Harga: RM18.50

Buku buku yang dicadangkan oleh Moderator (Terbaru...masih panas!!1)

1. Ya Allah...Akalku terhad Ilmuku Dangkal -Odyssey segumpal hati oleh Sofiyah Satuyah Rasin
Harga rm 18.00-Oasis Books
2. Reformat hatimu dalam 354 hari-Kuliah hati di Akademi kehidupan -Noruddin Draman
Karangkraf rm 18.oo
3. Rahsia Airmata Khusyuk -Muhammad Hassan Al Basri-PTS Millennia rm 14.50

Selamat Membaca!