Friday, June 11, 2010

Program Zaujjahsolehah 11hb Jun 2010....

Majlis hari ini dipimpin oleh Ustazah Rashidah....memandangkan hari ni ada hajat khas dari Puan Hjh Masila Khalid...Al Mathurats digantikan dengan Bacaan Surah Yassin dan Surah Al Waqiah. Majlis ditutup dengan Salawat Nabi...
Doa selepas Surah Yassin dibaca oleh Puan Pah dan seterusnya doa dibaca oleh Ustazah Rashidah.
Seramai 20 orang ahli Zaujjahsolehah hadir dan Puan Hjh Masila Khalid bermurah hati menyediakan main menu Pulut Kuning bersama Rendang Ayam...begitu juga sumbangan ahli ahli Zaujjahsolehah dengan kuih muih seperti karipap,kuih talam, kuih seri muka dsbnya.Kami bagi pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih pada ahli ahli yang bermurah hati,hanya Allah jua yang membalasnya.

Jazakallah khairan kasira,ilal liqaq maasalaamah!