Friday, June 11, 2010

Alhamdulillah-Tahniah!

1.Kumpulan Zaujjahsolehah ingin mengucapkan tahniah kepada Hjh Rosnah,Fasa 2,BTS telah selamat melahirkan bayi lelaki (anak ke -6) Muhammad Amar Ashraf sebulan yang lalu. Khabarnya bayi ini telah berada dalam kandungan ibunya Hjh Rosnah yang menjalani ibadah Haji pada bulan Disember 2009. Alangkah bertuahnya bayi ini.....Kami mendoakan agar Muhamad Amar Ashraf menjadi anak yang soleh bila besar nanti. Insyaallah!
2.Kumpulan Zaujjahsolehah juga ingin mengucapkan tahniah pada Hjh Noraini Abd Hamid yang telah menerima menantu lelaki pada 5hb Jun lepas. Doa kami agar kedua pasangan suami isteri melayari bahtera rumahtangga bahagia hingga akhir hayat dan dianugerahi anak anak yang soleh dan solehah.