Friday, May 14, 2010

TAHUKAH ANTA?

1.KENAPA PUASA ISNIN DAN KHAMIS ITU SUNNAH?
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasa'i dari Usamah bin Zaid bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"sesungguhnya amal amal manusia dihadapkan kepada Allah s.w.t pada hari Isnin dan Khamis,".Hadis ini merupakan jawapan dari pertanyaan sahabat yang menanyakan kenapa Nabi s.a.w berpuasa pada dua hari itu.Kemudian Nabi s.a.w menjawab bahawa dua hari itu merupakan hari penting dicatatnya amal kebaikan manusia.Sebab itu, ketika amal dihadapkan kepada Allah,seseorang akan lebih baik jika ia sedang dalam keadaan berpuasa.

2.MAKAN BERSAMA SAMA LEBIH BERKAH
Menurut keterangan Abu Daud,sahabat sahabat Rasulullah pernah mengeluh."Ya Rasulullah,sesungguhnya kami makan tapi tidak pernah kenyang."Rasulullah lalu bertanya "boleh jadi kalian makan berpisah pisah(sendiri sendiri)?".Mereka pun menjawab "Ya".Kemudian Nabi s.a.w bersabda,"Berjemaahlah kalian diwaktu makan,sebutlah asma(nama)Allah, nescaya kalian diberi keberkahan."(HR.Imam Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah dan Termizi)*Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi s.a.w menganjurkan agar makan hendaknya berjemaah(ramai ramai)