Alhamdulillah, tiada sanjungan dan pujian yang berhak diucapkan, selain kepada Allah s.w.t, Tuhan semesta alam yang telah menciptakan wanita sebagai pasangan lelaki dan menjadikannya sumber yang mengalirkan cinta kasih kepada suami dan anak anaknya untuk beriring bersama melaksanakan amanat atau peraturan yang diberikan oleh Allah dan RasulNya demi meraih keredlhaanNya. Salawat dan salam bagi Rasulallah Shallallahu 'alaihi wasallam,beserta keluarganya yang mulia,sahabatnya yang tercinta dan pengikutnya yang setia hingga akhir zaman.
Hari ini bersama sama lebih 30 ahli zaujjahsolehah meneruskan program Pembacaan Surah surah Al Quran dan Al Mathurats.Alhamdulillah, penglibatan ahli dalam membaca doa* amat dialu alukan...ini menunjukkan proses pembelajaran berterusan dan insyaallah pada masa masa hadapan dengan bimbingan Ustazah Salimah,semua ahli Zaujjahsolehah boleh meningkatkan lagi tahap pembacaan doa.Aamiin....ya rabbal 'alamin.
*Doa selepas baca Surah Yassin oleh Puan Rahmah Bee
*Doa al-mathurats oleh Puan Nor 'Azian
Bekalan
Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih2 menghimpit anda, ucapkanlah...Laa ilaha illallah!!!!
Jazakallah khairan kasira