Hari ini 7hb Januari 2011, pertemuan kedua kumpulan dalam Program Zaujjahsolehah untuk tahun 2011.Aljamdulillah....dalam 30 0rang ahli dan muslimat Surau Al Falah hadir untuk sama sama menjalankan aktiviti keagamaan.
Jadual birthday ahli dan Jadual Pakaian juga diedarkan kepada ahli ahli sebagai panduan untuk masa akan datang.
Alhamdulillah, pagi ini nampaknya ramai yang berguru dengan Ustazah Salimah untuk membetulkan bacaan masing masing.Syukur...alhamdulillah, kelihatan ikatan ukhuwah sesama ahli begitu erat kerana dalam kumpulan ini kami sentiasa menjaga hubungan dengan tidak memandang rendah pada yang kurang berilimu.Asalnya pun kita ini tidak berilmu...jadi bagaimana mungkin dengan ilmu kita yang begitu sedikit lantas kita enggan belajar dan yang paling tidak cerdik bersikap menghukum pada yang belum pandai.
Mempunyai ilmu yang tinggi namun tidak menjaga ukhuwah adalah kegagalan dalam beramal.Setinggi manapun ilmu, manafaatnya ialah apabila ia kembali kepada masyarakat bukannya menyembunyikannya dengan alasan takut tercemar dek orang jahil. Usah dicaci kesalahan orang lain kerana sekiranya kita mencari dan menggali kekurangan dalam diri dan keluarga sendiri...pasti tidak cukup tanah untuk lari.Seperti pepatah Inggeris....what comes around, will comes around!
Untuk tahun 2011 ini,ahli ahli Zaujjahsolehah disarankan memaparkan sikap menegur untuk kebaikan dan menerima teguran dengan hati yang terbuka.
Sehingga jumpa di lain masa...
Jazakallah khairan kasiiro....