Sunday, August 22, 2010

MAJLIS KHATAM AL QURAN-TADARRUS MUSLIMAT SURAU AL FALAH 1431H

Alhamdulillah, selepas 11 hari bertadarus bersama sama lebih kurang 21 muslimat Surau Al Falah,hari ini kami selesai tadarus bersama.Insyaallah, tiada niat berhenti mengaji, cuma waktu yang diambil untuk meneruskan pembacaan nanti tidaklah "tight" seperti sebelum ini. Al maklumlah masing masing kebanyakannya suri rumahtangga......semuanya nak dikejar. Pentadarus2 nampak berseri seri hari ini, sungguh seronok....walaubagaimanapun jangan lupa ye!

MAJLIS KHATAM AL QURAN 1431H/2010M MUSLIMAT
Tarikh : 28 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Surau Al falah,BTS

Semua muslimat dijemput hadir!!!